Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Wan Sharmila Kongsi Detik Cemas, Alami Sesak Nafas Akibat Terjerut Selendang Jemaah

Pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas apabila memaklumkan dia mengalami sesak nafas termasuklah tudung di tarik ketika berdoa di Multazam.

Mengaku ini pertama kali dia mengerjakan umrah secara bersendirian, pemilik nama penuh Wan Saharmila Wan Mohamad, 43, berkata, selain dihimpit, tudung yang dipakainya juga ditarik ketika berjaya sampai dihadapan Multazam .

“First time kali ini berseorangan nak pergi juga berdoa di Multazam. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Saya keep saying dalam hati “Allah akan tolong aku, Allah akan tolong aku”.

“Alhamdulillah, Allah izinkan walaupun masa dah sampai depan Multazam pun kena himpit macam apa. Ada orang belakang siap tarik tudung saya. Memang cemas sebab berseorangan,” ulasnya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala sempat berkongsi momen dimana dia cemas apabila sebaik selesai berdoa di Multazam, dia mengalami kesukaran bernafas akibat dibelit dengan selendang jemaah India sehingga mengikat perutnya.

“Bila dah selesai berdoa di Multazam lagi cemas sebab Lala kena belit dengan selendang perempuan India. Selendang dia ikat perut Lala dan bersimpul pula dengan tali beg. Masa tu sesak nafas! Akhirnya ada beberapa orang tolong dan berjaya melepaskan jerutan selendang tu,” katanya.

 

Meskipun berdepan dengan pelbagai ujian, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini menganggap dugaan yang dialaminya ketika berada di Tanah Suci, Makkah sebagai cerita indah buat dirinya.

“Banyak sangat cerita indah di hadapan Kaabah ni. Tak muat nak kongsi semua. Cuma kadang terfikir dekat sini pun Allah SWT takdirkan aku cipta kenangan hanya bersendirian. Only aku dan Allah. Semoga menjadi semangat untuk semua pasang niat dan berdoa untuk ke sini,” kongsinya.

Scroll to Top