Wang simpanan RM690,000 lesap angkara 'Ying Trade'

Wang simpanan RM690,000 lesap angkara 'Ying Trade'

am@hmetro.com.my

Kuantan: Seorang suri rumah berusia 42 tahun di daerah ini kerugian RM690,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan semalam, mangsa menyertainya melalui sistem dikenali ‘Ying Trade’, 17 Julai lalu sebelum dilatih untuk membeli saham melalui pautan diberikan.

“Dalam tempoh 17 September hingga 14 Oktober lalu, mangsa membuat 25 transaksi ke dua akaun bank berjumlah RM690,000,” katanya pada kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top