am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata penyanyi dan pelakon Wani Kayrie, 25, mendoakan yang baik-baik kebahagian dinikmati sepupunya yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 31, bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, ketika ini.
“Sudah pasti saya doakan yang baik-baik kerana saya tahu apa yang dia lalui. Saya rasa untuk sampai ke tahap bahagia itu semua orang mahukan. Insya-Allah, kita tengok sajalah nanti macam mana,” katanya ketika ditemui pada ‘listening party’ album terbaharunya, W2K di pusat beli-belah MyTOWN, hari ini.
Ditanya bila kali terakhir mereka berjumpa, Wani berkata, mereka juga sudah lama tidak berhubung.
“Kami memang sudah lama tidak berjumpa kerana kesibukan kerja masing-masing.
“Saya juga hanya mengetahui perkembangannya di media sosial. Cukup saya rasa dia bahagia, okaylah saya pun tumpang bahagia,” katanya yang berganding dengan Bella dalam program Famili Duo musim kedua pada 2022.
Terdahulu, dalam sebuah podcast bersama adiknya, Didi Astillah dan abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah, Bella mengakui dirinya berada dalam fasa bahagia menjalin persahabatan erat dengan Syed Saddiq.
© New Straits Times Press (M) Bhd