Penyanyi berbakat, Wani Kayrie meluahkan rasa gembira melihat sepupunya, Bella Astillah menerima pelbagai tawaran dan projek bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Kata Wani ketika diminta mengulas hubungan sepupunya itu, dia mendoakan yang terbaik buat Bella dalam apa sahaja yang dilakukannya termasuklah, karier, kehidupan dan soal jodoh.
“In general saya happy untuk dia, dan of course bila orang kata baik dalam apa jua segi yang dia buat.
“Sudah tentu saya doakan yang baik-baik sahaja. Saya mendoakan mereka ke jenjang pelamin.
“Saya tahu apa yang dia lalui dan saya rasa untung sampai ke tahap bahagia. Untuk sampai ke tahap bahagia tu semua nak dan insha-Allah kalau baik-baik sahaja kita tengok saja lah nanti macam mana,” katanya.
Wani berkongsi mengenai perkara itu ketiak ditemui usai persembahan album terbaharunya berjudul W2K, di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Bagaimanapun, pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu mengakui sudah lama tidak berhubung dengan Bella disebabkan terlalu sibuk dengan karier masing-masing.
“Kami memang dah tak contact sebab busy kerja.
“Kami dah lama tak jumpa, bila tengok di media sosial, cukup dengan saya rasa dia bahagia, okay lah saya tumpang bahagia,” jelasnya.
Berkongsi mengenai album terbaharunya pula, Wani menyifatkanini adalah pencapaian paling bermakna dalam kerjayanya sebagai penyanyi.
Menurutnya, album WY2K ini disiapkan dalam tempoh setahun lebih dan ini merupakan impiannya sejak bergiat dalam industri muzik tanah air.
“Album ini ambil masa setahun lebih untuk disiapkan dan saya memang sudah lama dalam industri muzik. Jadi, saya mahu ada satu album yang benar-benar mewakili diri saya sebagai Wani Kayrie.
“Orang kata, memiliki album adalah satu batu loncatan penting buat seseorang penyanyi.
“Saya pilih untuk tampil dengan lagu-lagu baharu hasil karya pelbagai komposer. Ini memang kehendak saya sendiri kerana saya sudah lama menyanyi dan banyak merakam single.
“Jadi saya rasa inilah masanya yang sesuai untuk keluarkan album demi membina identiti yang lebih kukuh,” jelasnya.
Album W2K menghimpunkan lima buah lagu iaitu Cak Cak Cekuk, Serius Ah, Aiman Tino, Matahari dan Biarkan, yang mula menjalani proses pembikinan sejak tahun lalu.
Menariknya, projek ini turut menampilkan kolaborasi bersama barisan komposer hebat seperti Iqie Hugh, Hanis Rafi, Omar K, Shazriq Azeman, MFMF, Ezra Kong, Shane Kennedy dan Karim Karam sekaligus menampilkan kepelbagaian warna muzik yang mencerminkan sisi baharu Wani dalam industri seni tanah air.