Wanita Berniqab Bakal Isteri Kedua Azlan Komeng? Hantaran Tiktok Dengan Kapsyen Manja Cetus Tanda Tanya – “Thank You Anje Cayunk Selalu Ada”

Wanita Berniqab Bakal Isteri Kedua Azlan Komeng? Hantaran Tiktok Dengan Kapsyen Manja Cetus Tanda Tanya – “Thank You Anje Cayunk Selalu Ada”

Hantaran seorang wanita berniqab di TikTok bernama Maizila Aini meraih perhatian selepas netizen mendakwa dia merupakan bakal isteri kedua pelakon Azlan Komeng.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform media sosial terbabit, wanita itu memuat naik beberapa foto bersama Azlan di dalam kereta.

@maizila1 alhamdulilah TQ anjeee cayunkkk selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu kat cayunk sorang ni. #cintamatiku #ak #azlankomeng #future #inshallah ♬ Sumpah Dan Cinta Matiku – NIDJI

Dalam hantaran terbabit, Maizila meluahkan rasa syukur kerana sering ditemani Azlan walaupun sibuk dengan kerjayanya.

“Alhamdulilah thank you anje cayunkkk selalu ada dengan Anje walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu kat cayunk sorang ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, ruangan komen dipenuhi dengan cacian warganet terhadap Maizila yang didakwa sebagai penyondol perkahwinan Azlan dan isteri, usahawan dan pelakon Nur Nilam Ortiz.

Terdahulu, kisah rumah tangga mereka menjadi sorotan selepas Nilam mendedahkan Azlan bakal berkahwin lagi dan usahawan itu juga mendedahkan sudah bertemu dengan bakal madunya.

Baru-baru ini, Nilam yang berkahwin dengan Azlan pada 22 Januari 2022 juga berkongsi video di perkarangan mahkamah syariah, memberi bayangan dia memilih untuk mengundurkan diri daripada perkahwinan dengan aktor itu.

Scroll to Top