Wanita bersenjatakan kapak ditembak polis

Wanita bersenjatakan kapak ditembak polis

CANBERRA – Polis Adelaide, ibu negeri Australia Selatan, menembak mati seorang wanita bersenjatakan kapak yang didakwa mengancam pegawainya awal pagi Khamis, lapor Xinhua.

Menurut Polis Australia Selatan, pegawainya telah dikerahkan ke sebuah rumah di pinggir bandar di timur bandar itu sejurus sebelum 2 pagi waktu tempatan berikutan laporan seorang wanita bersenjatakan kapak.

Sebaik tiba, pegawai didakwa diugut oleh wanita itu. Mereka kemudiannya menggunakan pistol perenjat elektrik, namun tidak berkesan, sebelum melepaskan tembakan.

Pegawai memberikan pertolongan cemas sehingga paramedik ambulans tiba, tetapi wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang pegawai polis cedera ringan. Detektif dari cawangan jenayah utama dan perkhidmatan siasatan dalaman melancarkan siasatan.

 

 

 

Scroll to Top