Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.
Jadi, tidak hairanlan syarikat-syarikat sudah mula membuka semula perniagaan dan membenarkan pekerjanya hadir ke pejabat asalkan sudah lengkap dua dos vaksin seperti yang ditetapkan kerajaan.
Namun begitu, menerusi satu perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, dia mendakwa bahawa telah diberhentikan kerja susulan belum mendapatkan vaksin.
Dia juga menulis di ruangan kapsyen dengan mengucapkan terima kasih kepada syarikat tempatnya bekerja kerana memberhentikannya selepas 10 tahun berkhidmat hanya kerana belum mendapatkan suntikan vaksin.
“After 10years berkhidmat,dibuang hanya sbb tdk ambil vaksin …” tulis wanita itu ringkas.
Susulan daripada itu, dia telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang rata-rata merasakan tindakan majikannya tepat kerana memberhentikan individu seperti itu.
Namun, tetap ada yang menyokong tindakannya yang enggan lagi mendapatkan vaksin kerana merasakan setiap orang mempunyai hak untuk menentukan hala tuju tubuh badannya.
Sumber: TikTok @Lia_Ros91



