Wanita Dakwa Dirogol Pemain Bola Sepak Terkemuka Selepas Ikut Balik Hotel | Oh! Media

Wanita Dakwa Dirogol Pemain Bola Sepak Terkemuka Selepas Ikut Balik Hotel | Oh! Media

Bekas pemain bola sepak Liga Perdana ditahan atas dakwaan merogol seorang wanita di sebuah hotel di West End, London.

Mangsa mendakwa, kejadian berlaku selepas mereka keluar minum bersama dan pulang ke hotel. Menurut laporan yang dibuat pada pagi Rabu, suspek yang berusia 24 tahun ditahan pada hari yang sama.

Laporan dari The Sun menyatakan, mangsa mendakwa dia diserang dan dirogol sejurus tiba di hotel.

Suspek kemudian dibawa ke balai polis Charing Cross untuk disoal siasat bersama peguamnya.

Jurucakap Polis Metropolitan turut mengesahkan penahanan itu.

Bagaimanapun, suspek menafikan semua dakwaan dan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.


Scroll to Top