Wanita Didakwa Sebar Gambar Lucah Dan Ugut Cikgu | Oh! Tidak – Oh! Media

Wanita Didakwa Sebar Gambar Lucah Dan Ugut Cikgu | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Ejen pelaburan didakwa atas tiga pertuduhan termasuk sebar gambar lucah madunya.


Melaka menjadi gempar apabila seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berat yang melibatkan penyebaran gambar lucah dan ugutan terhadap madunya yang merupakan seorang guru.

Menurut Malaysia Gazette, kes ini dilaporkan berlaku Mac lalu di mana tertuduh, Herni Sofini Omar didakwa menyebarkan gambar lucah milik madunya menerusi kiriman surat, satu perbuatan yang dianggap mencemar maruah.

Sebar gambar lucah dan ugutan melalui surat

Gambar Cikgu
Kredit foto Meor Riduwan Meor Ahmad

Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga dituduh mengugut madunya melalui surat tanpa nama yang diselitkan unsur ancaman.

Tindakan itu membawa pertuduhan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun serta tambahan hukuman di bawah Seksyen 506.

Gambar lucah disimpan dalam telefon bimbit

Pertuduhan ketiga pula mendakwa Herni memiliki gambar lucah madunya yang disimpan di dalam telefon bimbit.

Perkara itu dikesan ketika siasatan dilakukan di Pejabat Pegawai Penyiasat Jenayah, IPD Melaka Tengah, sekitar jam 3 pagi pada 2 Jun lalu.

Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Namun, tertuduh yang berumur 53 tahun membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Peguam mewakili tertuduh, Baharudin Baharim merayu jumlah ikat jamin dikurangkan ke RM4,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya tiada pendapatan tetap, baru menjalani pembedahan kanser, dan telah ditinggalkan suami selepas insiden ini.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM5,000 bagi semua pertuduhan dan kes akan disebut semula pada 6 Ogos ini.

Pssttt! Bila hal rumah tangga jadi begini, ia bukan saja menyayat hati tapi juga mengaibkan ramai pihak. Apa pun puncanya, sebarang tindakan perlu ikut undang-undang dan jangan sampai memalukan maruah orang lain. 

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top