Wanita Dikerat Dan Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah, Dua Beranak Ditahan Polis

Wanita Dikerat Dan Dibuang Di Tempat Pembuangan Sampah, Dua Beranak Ditahan Polis

Oh! Tidak

Dua beranak ditahan polis untuk bantu siasatan kes mayat wanita dibuang di tempat sampah.


Semalam, negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita yang dikerat dan bahagian tubuhnya dibuang di tempat pembuangan sampah.

Memetik laporan Sinar Harian, mayat ditemui dalam keadaan ngeri oleh seorang pekerja lori sampah kira-kira jam 7 pagi di Taman Indah Permai, Sepanggar Kota Kinabalu Sabah.

Lelaki warga emas dan anak lelaki ditahan

Mayat Wanita

Terbaru, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman, memaklumkan dua beranak telah ditahan bagi membantu siasatan.

Tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 70-an dan anak lelakinya yang berusia 20-an. Mereka dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan kejam tersebut.

Difahamkan, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu, namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di lokasi penemuan tersebut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian anggota tubuh manusia ditemui di dalam tong sampah serta di sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai.

Menurut pihak polis, kesemua bahagian tubuh yang dijumpai dipercayai milik seorang mangsa yang sama.

Pssttt! Seram dan menyayat hati bila dengar kes sebegini berlaku dalam masyarakat kita. Walaupun siasatan masih berjalan, jenayah sebegini harus dihukum seadil-adilnya. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top