Wanita dipukul suami hingga koma bakal bersalin, adik dedah risiko2 perlu diterima

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kisah seorang wanita yang menjadi mangsa belasahan suami sehingga koma pada  pertengahan tahun ini dikatakan bakal melahirkan zuriat pertamanya tidak lama lagi.

Jahidah Nordin yang berada dibawah jagaan keluarganya kini telah mengalami kecederaan  serius di bahagian kepala selepas disyaki dipukul suami pada 4 Mei 2021.

Menerusi TikTok adik kepada wanita itu, kakaknya sedang menanti hari untuk bersalin selepas kandungannya mencecah usia 9 bulan.

Namun, dalam perkongsian terbaru @zaihzara15, mereka sekeluarga berasa hiba selepas doktor memaklumkan beberapa kemungkinan yang akan terjadi ketika kakaknya bersalin nanti.

@ziahzara15

Doakan yang terbaik untuk kakak dan kandungannya….😔#pregnant #wadbersalin #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #deraisteri

♬ original sound – Jilbrave Official – Jilbrave Official

Menerusi kapysen yang disertakan @ziahzara15 menyatakan yang ada beberapa risiko yang perlu ditanggung seperti respiratory distress, pendarahan, cardiac arrest dan juga kematian.

Pastinya berita itu membuatkan mereka berasa risau kerana tidak lama lagi tarikh Jahidah akan melahirkan akan tiba. Setakat ini, adiknya kerap memuat naik perkembangan terkini wanita tersebut yang masih lagi separa sedar dengan kondisi terbaring sahaja di atas katil.

@ziahzara15

Reply to @norhidayahyusni Sakit yang tak mampu kita tanggung#braindamage #mangsaderasuamidayus #pregnant #ziahzara#wadbersalin #koma

♬ Ya Allah – Wali

 

@ziahzara15

Kakak macamana ya hari ni kat hospital…😷#ziahzara #countingdays #pregnant #braindamage #mangsaderasuamidayus

♬ Berhenti Kasihan – Lagu Sabah Terbau

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar urusan Jahidah dipermudahkan dan berharap agar keajaiban berlaku agar dia sihat seperti sedia kala.

Mereka juga turut meminta ahli keluarga terus kuat menempuhi dugaan hebat ini dan reda dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

Sumber: TikTok @ziahzara15