Wanita ditahan lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna

Wanita ditahan lepaskan tembakan ke arah rumah Rihanna

LOS ANGELES – Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan selepas dilaporkan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kediaman penyanyi terkenal, Rihanna di Beverly Hills pada Ahad.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), kejadian berlaku pada petang Ahad selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai bunyi tembakan berhampiran kediaman penyanyi itu.

Pegawai polis tiba di lokasi kira-kira jam 1.21 tengah hari waktu tempatan sebelum menahan suspek tidak lama kemudian.

Siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai melepaskan beberapa das tembakan dari dalam sebuah kenderaan jenis Tesla berwarna putih ke arah rumah tersebut sebelum meninggalkan kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, Rihanna, 38, dilaporkan berada di dalam rumah bersama pasangannya, penyanyi rap A$AP Rocky dan tiga anak mereka.

Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan.

Identiti suspek serta motif kejadian masih belum didedahkan, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan. – Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan kerana menembak ke arah kediaman penyanyi Rihanna di Beverly Hills
  • Kejadian tembakan itu berlaku pada petang Ahad
  • Suspek menembak dari dalam sebuah kenderaan Tesla berwarna putih
  • Rihanna dan keluarganya tidak mengalami kecederaan akibat insiden tersebut
  • Identiti dan motif penyerang masih belum diketahui, siasatan sedang berlangsung
Scroll to Top