Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Cetus Kontroversi, AJK Tampil Beri Penjelasan Tegas | Oh! Tidak – Oh! Media

Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Cetus Kontroversi, AJK Tampil Beri Penjelasan Tegas | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

AJK surau Halaman 11 jelaskan tindakan wanita halau jemaah lelaki bukan atas arahan mereka.


Baru-baru ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita menegur seorang jemaah lelaki yang sedang bersolat di sebuah surau. Kejadian itu menimbulkan kemarahan netizen yang menganggap surau sepatutnya menjadi tempat terbuka kepada semua umat Islam untuk beribadah.

Menurut dakwaan, wanita itu bertindak demikian kerana bimbang akan kes kecurian yang pernah berlaku di surau tersebut sebelum ini. Namun begitu, ramai menganggap tindakannya menghalau jemaah bukanlah satu tindakan wajar.

Bukan arahan AJK surau…

Pak Cik

Susulan isu itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11, Telok Panglima Garang tampil memberikan penjelasan. Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, mereka menegaskan tindakan wanita tersebut bukan atas arahan atau persetujuan pihak AJK.

AJK Musolla amat mengharapkan kehadiran sesiapa sahaja bagi mengimarahkan musolla. Tindakan menghalau amat kami kesali dan kami bantah sekeras-kerasnya.

Pihak AJK turut menegaskan bahawa surau berkenaan terbuka untuk digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin beribadat atau berehat sebentar. Mereka juga menolak sebarang cadangan untuk mengunci musolla daripada kegunaan umum.

Surau ditanggung hasil infak orang ramai…

 7294

Dalam penjelasan yang sama, pihak AJK menjelaskan bahawa bil elektrik dan air ditanggung hasil infak penduduk dan orang ramai. Maka, status surau sebagai harta bersama tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menyekat sesiapa daripada menggunakannya.

Status musolla sebagai harta bersama penduduk adalah benar. Namun untuk tujuan ibadah, AJK tetap buka kepada semua.

Bagaimanapun, mereka memaklumkan bahawa prosedur keselamatan tetap perlu dipatuhi bagi mereka yang ingin memasuki kawasan Halaman 11 kerana ada sistem palang keselamatan untuk jemaah luar.

Mereka turut menjelaskan bahawa individu yang merakam video insiden itu bukanlah sebahagian daripada AJK surau seperti yang disangka sesetengah pihak.

Pssttt! Isu ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa surau adalah tempat ibadah yang harus terbuka kepada semua umat Islam, tanpa prejudis atau halangan yang tidak berasas. Sikap terbuka dan bertoleransi penting demi menjaga keharmonian komuniti, lebih-lebih lagi dalam hal berkaitan agama. Hormati rumah ibadah dan jauhi sikap terlalu mengawal hingga melampaui batas.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top