Wanita hamil mengidam didukung polis

Wanita hamil mengidam didukung polis
Wanita hamil mengidam didukung polis

Emi didukung pegawai polis ketika hadir ke balai polis tersebut. Gambar Agensi

JAKARTA – Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai kerana mengidam didukung oleh pegawai polis beruniform.

Wanita yang dikenali sebagai Emi dan suaminya, Wildan hadir ke Ibu Pejabat Polis Sukatani sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan) baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Sukatani, Inspektor Rasman menunaikan permintaan itu dan segera mendukung Emi.

Emi dikatakan kerap menangis sejak beberapa hari lalu kerana keinginannya untuk digendong oleh pegawai polis, menyebabkan dia dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Kanan Sumarni berkata, perkhidmatan awam mesti mengutamakan empati dan tindak balas pantas kepada keperluan penduduk.

“Kami berusaha untuk membantu masyarakat selagi ia tidak melanggar peraturan dan kekal dalam had yang munasabah,” ujarnya. – Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang wanita hamil di Bekasi mengidam didukung oleh pegawai polis
  • Wanita tersebut, Emi bersama suaminya datang ke Ibu Pejabat Polis Sukatani pada pukul 2.30 petang
  • Inspektor Rasman, Timbalan Ketua Polis Sukatani memenuhi permintaan Emi dengan mendukungnya
  • Emi merasa sangat ingin didukung oleh pegawai polis hingga menangis beberapa hari
  • Ketua Polis Metro Bekasi menekankan pentingnya empati dan respons cepat terhadap kebutuhan masyarakat
Scroll to Top