Wanita hilang selepas lawat suami di hospital ditemui selamat

Wanita hilang selepas lawat suami di hospital ditemui selamat

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, kelmarin ditemui selamat.

Difahamkan, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, kembali ke hospital berkenaan, berjumpa dengan suaminya kira-kira 6.30 petang tadi.

Menurut adiknya Nurul Nadia, berita penemuan kakaknya itu dimaklumkan kepada ahli keluarga oleh abang iparnya.

“Alhamdulillah, kakak saya sudah ditemui dalam keadaan selamat dan dia datang ke wad hospital petang tadi.

“Kami sekeluarga setakat ini tidak mengetahui dia pergi ke mana dan memberi ruang kepadanya,” katanya, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan kakaknya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan wanita berkenaan dalam keadaan selamat.

Terdahulu media melaporkan, polis sedang mengesan wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, kelmarin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top