Wanita Kantoi Curang Dengan Anggota Polis, Pecut Lari Bila Kena Terjah Dengan Suami | Oh! Media

Wanita Kantoi Curang Dengan Anggota Polis, Pecut Lari Bila Kena Terjah Dengan Suami | Oh! Media

Tular di TikTok perkongsian seorang lelaki mengenai isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan anggota polis.

Menurut lelaki tersebut, sebelum ini dia hanya mendengar aduan daripada orang terdekat mengenai perbuatan isteri.

isteri curang

Namun, siapa sangka rupa-rupanya khabar angin itu benar apabila dia menyaksikan sendiri isteri berdua-duaan dengan polis terbabit dalam sebuah kereta.

Buka la pintu, bini kita hang bawak. Aku follow daripada belakang dari tadi. Hang suruh dia buka pintu. Takpa hang tunggu, IPD aku report. TikTok keluar muka hang.

Lelaki ini kemudian bersemuka dengan anggota berkenaan dan meminta isterinya turun daripada kereta. Isterinya bagaimanapun enggan membuka pintu dan mengunci kenderaan.

Terima kasih ya Allah. Dengan petunjukmu. Doaku dimakbulkan. Sekadar kongsi untuk pengajaran. Orang dok mai cerita kata isteri hang ada hubungan sulit dengan anggota polis. Dah terbukti terima kasih ya Allah. Doa dimakbulkan.

Isteri kemudian memecut laju kereta membiarkan suami dan anggota polis berkenaan di lokasi kejadian.


Scroll to Top