Wanita Kelantan Dikesan Guna Sijil Cerai Dan Kematian Palsu Untuk Kahwin Baharu | Oh! Tidak – Oh! Media

Wanita Kelantan Dikesan Guna Sijil Cerai Dan Kematian Palsu Untuk Kahwin Baharu | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Suami masih hidup, status belum bercerai dan sanggup tipu pegawai agama


Kita sering dengar, jika lelaki ingin berkahwin baharu atau senyap secara sah, Selatan Thailand sering menjadi destinasi utama. Hal ini kerana proses pernikahan di sana dikatakan lebih mudah dan pantas.

Namun, baru-baru ini Majlis Agama Islam Narathiwat telah mendedahkan terdapat kes melibatkan wanita Malaysia yang dipercayai cuba memperdaya pegawai agama dengan mengemukakan sijil cerai atau sijil kematian palsu untuk membolehkan mereka berkahwin semula lapor Buletin TV3.

Suami masih hidup, wanita belum bercerai mohon kahwin baharu

Fizo 8

Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata kes seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia sudah mula dikesan sejak beberapa tahun lalu. Majoriti individu yang terlibat dalam cubaan tersebut dilaporkan berasal dari negeri Kelantan.

Kami telah merekodkan banyak kes di mana wanita Malaysia menyerahkan dokumen palsu yang mendakwa mereka telah bercerai atau menjadi balu untuk memudahkan perkahwinan semula di selatan Thailand.

Abdul Aziz memaklumkan bahawa terdapat segelintir wanita yang sanggup mengubah nama dan tarikh pada dokumen rasmi, termasuk memalsukan sijil cerai, semata-mata untuk mengelak daripada dikesan ketika proses semakan sebelum perkahwinan dijalankan.

Terdapat kes di mana pegawai saya, yang tidak menyedari penipuan tersebut, membenarkan perkahwinan diteruskan. Namun, pendaftaran perkahwinan itu kemudiannya dibatalkan selepas suami sebenar tampil memaklumkan bahawa dia masih hidup dan mereka sebenarnya belum bercerai.

Abdul Aziz turut menegaskan bahawa perbuatan menipu dalam urusan perkahwinan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesahihan perkahwinan tersebut, khususnya melibatkan status anak-anak yang lahir kemudian, termasuk dalam urusan dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan dan hak pewarisan.

Pssttt! Dalam Islam, seorang wanita hanya dibenarkan untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki sahaja. Perkahwinan baharu hanya dibenarkan selepas perceraian yang sah dan tempoh iddah disempurnakan sepenuhnya. Jangan ambil mudah perkara yang melibatkan syariat! jangan sesekali mempermainkan hukum Allah SWT.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top