
Rachel disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu.
CINCINNATI – Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai mengalami komplikasi susulan pembedahan kosmetik tummy tuck, beberapa bulan selepas mendokumentasikan proses perubahan dirinya di media sosial.
Tummy tuck merujuk kepada prosedur pembedahan untuk membuang lebihan kulit dan lemak di bahagian perut serta menegangkan otot supaya perut kelihatan lebih ramping.
Wanita berkenaan, Rachel Tussey, 47, disahkan meninggal dunia pada Selasa lalu, kira-kira 10 hari selepas menjalani prosedur pembedahan kosmetik tersebut.
Suaminya, Jeremy Tussey, memaklumkan bahawa Rachel dipercayai mengalami komplikasi selepas pembedahan sebelum akhirnya ditanggalkan daripada alat bantuan hayat.
Sebelum itu, Rachel aktif berkongsi perjalanan persiapannya menjelang pembedahan tersebut bersama kira-kira 25,000 pengikut di platform TikTok.
Malah, beliau turut memuat naik rakaman sesi konsultasi bersama doktornya.
Dalam salah satu video tersebut, Rachel berkata: “Tolong doakan.”
“Saya tahu semuanya akan berjalan dengan baik. Saya sudah menunggu masa ini sangat lama,” katanya.
Video yang dimuat naik itu memaparkan ibu kepada tiga anak berkenaan berada di atas katil hospital sambil mengenakan pakaian pesakit.
Perkembangan mengejutkan mengenai keadaannya kemudian dikongsi oleh Jeremy menerusi TikTok yang menjelaskan bahawa keadaan selepas pembedahan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang.
Menurutnya, ketika menunggu isterinya selesai menjalani prosedur itu, beliau menerima panggilan yang memintanya kembali ke bilik pemulihan.
Ringkasan AI
- Seorang wanita meninggal dunia selepas menjalani pembedahan kosmetik tummy tuck
- Rachel Tussey, berumur 47 tahun, meninggal kira-kira 10 hari selepas pembedahan
- Dipercayai mengalami komplikasi selepas pembedahan sebelum ditanggalkan daripada alat bantuan hayat
- Aktif berkongsi perjalanan pembedahannya di TikTok bersama kira-kira 25,000 pengikut
- Suaminya, Jeremy Tussey, memaklumkan perkembangan mengejutkan tentang keadaan Rachel selepas pembedahan melalui TikTok


