Wanita Pecahkan Cermin Kereta Sebelum Ditunda, Lapan Bulan Tak Bayar! | Oh! Media

Wanita Pecahkan Cermin Kereta Sebelum Ditunda, Lapan Bulan Tak Bayar! | Oh! Media

Apa kes ni? Kecoh pula satu video yang memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin keretanya sendiri sebelum ia ditarik oleh pekerja towing.

Kejadian ini menjadi bualan hangat warganet, mencetuskan pelbagai reaksi di platform media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Malaysia Automotive Shitposting 2.0, seorang pengguna yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa wanita tersebut telah lapan bulan tidak membayar ansuran keretanya.

Sanggup pecahkan kereta sendiri sebelum ditarik…

Dalam rakaman tersebut, wanita itu bersama keluarganya dilihat merosakkan kereta mereka menggunakan batu dan besi, malah kejadian berlaku di hadapan pekerja towing.

Sendiri tak bayar sendiri marah. Btw kereta dah kena cangkuk luar pagar, owner pergi start kereta turun dari towing masuk rumah dia. Sebab tu bumper pun pecah.- Tulis netizen.

Beliau turut menyatakan bahawa tindakan tersebut mungkin mengakibatkan pemilik kereta disenaraihitamkan, menjadikan ia sukar untuk mendapatkan kenderaan lain jika keretanya dilelong.

Blacklist lah nama kau sampai tua, usedcar pun tak nak beli kalau kena lelong. Owner dah miskin, sebab tu tak bayar monthly.- Kata netizen lain.

Tindakan macam ni bukan sahaja tidak memberi apa-apa keuntungan kepada wanita tersebut, malah hanya menambah kerugian pada diri sendiri.

#OhmediaNasihat

Korang, kalau dah tahu tak mampu bayar ansuran kereta, lebih baik cari jalan penyelesaian yang lebih bijak. Mengamuk dan merosakkan harta benda sendiri bukanlah pilihan yang baik kerana akhirnya diri sendiri yang menanggung rugi.

Bila berdepan masalah kewangan, lebih baik berbincang dengan pihak bank atau syarikat kewangan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih adil. Berfikirlah secara matang sebelum membuat sebarang tindakan!


Scroll to Top