Wanita Poland Berterima Kasih Dekat Malaysia Jadi Punca Berhenti Minum Arak

Wanita Poland Berterima Kasih Dekat Malaysia Jadi Punca Berhenti Minum Arak

Oh! Inspirasi

Budaya Malaysia jadi perhatian selepas wanita Poland bebas alkohol dan pengurus Hakim Danish hormat sensitiviti Muslim.


Seorang wanita Poland, Marta Rabiega, berterima kasih kepada Malaysia kerana membantunya bebas alkohol.

Marta Rabiega sebelum ini berkongsi pengalamannya di Threads selepas berhijrah ke Malaysia. Menurut Marta, kehidupan di Poland sebelum ini sangat dekat dengan budaya minum alkohol.

Saya dibesarkan di Poland dengan alkohol menjadi cukup normalisasi. Anda mahu raikan sesuatu? Minum. Anda tertekan?

Minum. Anda sakit? Minum. Cuaca sejuk? Minum. Cuaca panas? Minum.- Katanya.

Wanita Poland bangga enam bulan tanpa alkohol

Namun selepas menetap di Malaysia, Marta mula melihat gaya hidup yang berbeza. Di sini, alkohol bukan sesuatu yang terlalu menonjol dalam kehidupan seharian masyarakat.

Kemudian saya berhijrah ke Malaysia di mana saya menemui sesuatu yang amat berbeza. Di sini alkohol bukan sebahagian kehidupan. Anda tidak boleh melihatnya di semua tempat.- Katanya.

Perubahan itu memberi kesan besar kepada Marta apabila dia mendedahkan kini sudah enam bulan bebas alkohol.

Rasa hidup lebih bermakna tanpa arak

Lebih menarik, Marta berkata hidupnya terasa lebih baik selepas tidak lagi mengambil alkohol. Dia merasakan fikirannya lebih jelas, tidur lebih berkualiti dan tubuhnya lebih stabil.

Kini sudah enam bulan saya bebas alkohol! Sejujurnya saya merasakan suatu anjakan besar. Minda saya lebih jelas, lebih fokus, tidur lebih baik, kurang keradangan dan lebih tenang terhadap diri sendiri. Saya juga merasakan tenaga saya lebih stabil.- Katanya.

Marta turut menutup perkongsiannya dengan ucapan ringkas yang cukup menyentuh hati.

Pssttt! Korang, budaya yang baik tak perlu dicanang terlalu kuat pun. Bila kita pegang dengan yakin dan penuh hormat, orang luar pun boleh nampak nilainya. Kisah Marta dan Hakim Danish ini jadi bukti kecil yang budaya Malaysia sebenarnya ada kekuatan tersendiri.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top