hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seorang wanita berjaya diselamatkan apabila tersesat di hutan Bukit Dinding selepas dikejar haiwan yang disangka harimau, hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.03 tengah hari.
“Menurut pemanggil, dia tersesat dan tidak dapat mencari jalan keluar daripada bukit rekreasi berkenaan dan memaklumkan dikejar seekor haiwan seakan harimau.
“Susulan itu dua pasukan dengan kekuatan seramai sembilan pegawai dan anggota daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Lumpur dikejarkan ke loķasi bagi memberikan bantuan,” katanya.
Menurutnya, anggota APM berjaya menemui mangsa dalam keadaan sesak nafas kerana ketakutan.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapat rawatan lanjutan.
“Haiwan yang dikatakan seakan harimau itu selepas mendapatkan penerangan daripada mangsa, pasukan mengandaikan ia seekor babi hutan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd