
Wilga dipercayai merayau-rayau sejauh 24 kilometer dari lokasi van dipandunya yang rosak. Foto Agensi
SYDNEY – Seorang pengembara beg galas warga Jerman, Carolina Wilga ditemui masih hidup setelah sesat di kawasan pedalaman di Australia Barat selama 11 hari.
Pihak berkuasa pada Sabtu memaklumkan mangsa berusia 26 tahun itu bertahan sepanjang tempoh itu dengan meminum air lopak dan hujan serta berlindung di dalam gua.
“Dia dipercayai merayau-rayau sejauh 24 kilometer dari van dipandunya yang rosak di kawasan belukar terpencil.
“Seorang wanita tempatan menemuinya dalam keadaan lemah dan segera membawa Wilga kepada polis di kawasan komuniti pertanian Beacon.
“Mangsa kemudiannya diterbangkan ke hospital di Perth untuk rawatan susulan. Pada mulanya, dia hampir putus asa jika dapat diselamatkan,” ujar jurucakap pihak berkuasa.
Pemeriksaan ke atasnya mendapati Wilga mengalami keletihan yang teruk, dehidrasi, selaran matahari dan tubuhnya dipenuhi kesan gigitan serangga serta kakinya cedera. – Agensi
Â