Wanita tertua Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun

NARA – Individu tertua di Jepun, Shigeko Kagawa, 115, dari Wilayah Nara di barat negara itu, meninggal dunia pada lewat minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin, lapor Kyodo News.

Susulan kematian Kagawa, Fuyo Kishimoto, wanita berusia 114 tahun dari Kyoto, juga di barat Jepun kini menjadi individu tertua di negara itu.

Kementerian berkata, Kagawa meninggal dunia pada Khamis.

Kagawa yang juga seorang doktor menamatkan pengajian dalam bidang perubatan sebelum Perang Dunia Kedua. 

Beliau kemudiannya berkhidmat di hospital Osaka sepanjang peperangan tersebut. 

Wanita berkenaan kemudiannya membuka klinik wanita sebelum bersara pada usia 86 tahun. – Bernama

 

 

 

 

Scroll to Top