Wanita Tolak Lamaran Abang Askar Kerana Slip Gaji Negatif Dan Sering Pinjam Duit Untuk Beli Makanan | Oh! Media

Wanita Tolak Lamaran Abang Askar Kerana Slip Gaji Negatif Dan Sering Pinjam Duit Untuk Beli Makanan | Oh! Media

Seorang wanita mengambil keputusan drastik dengan menolak lamaran dari seorang askar disebabkan faktor kewangan.

Salah ke saya menolak lamaran lelaki bekeria askar? Saya menolak kerana komitmen dia tinggi.

Pay slip dia negatif. Saya tahu pun sebab saya tengok pay slip sampai tinggal RM700 lebih. Itu pun tak tolak hutang Aeon motor dia.

Bukan sahaja mempunyai komitmen yang tinggi, lelaki itu juga sering meminjam wang darinya untuk membeli makanan.

Saya bukan select tapi saya tak nak selepas kahwin, saya kena tanggung komitmen dia. Nak sama-sama boleh. Saya takut lepas kahwin lain jadinya.

Saya keria badan berkanun. Gaji nak kata besar, lebih kurang saja tapi saya tidak ada banyak penolakan dan pay slip saya tak negatif.

Yang paling red flag, setiap minggu minta pinjam duit beli makan.

Mungin ini satu keputusan yang tepat supaya beliau tidak dibebani dengan masalah hutang dan komitmen tinggi pasangan selepas berkahwin nanti.

askar

Apa-apa pun min doakan awak bertemu pasangan hidup yang memahami dan tidak mengambil kesempatan.

Scroll to Top