Wanita warga asing maut jatuh bangunan

Wanita warga asing maut jatuh bangunan

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Wanita warga asing maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan di Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada 12.10 tengah hari.

Menurutnya, mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top