Pelakon wanita, Wanna Ali tak tahu apa-apa tentang isu yang sedang bertebaran mengenai pasangannya di dalam drama Lelaki Melayu Terakhir, Fattah Amin hari ini.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Wanna menjelaskan yang dia hanya menjalankan tugas untuk mempromosikan drama yang hanya berbaki dua episod lagi.
Pelik kenapa Instagram diserang
Ujarnya, dia tidak mempunyai sebarang niat memandangkan posting tersebut sudah dijadualkan lebih awal dan sama sekali tidak tahu apa yang berlaku sebelum Instagramnya diserang bertubi-tubi oleh netizen.
âSaya memang tiada niat apa-apa. Hantaran itu sudah dijadualkan malam tadi sebagai pelan promosi untuk episode akan datang. Saya sendiri tidak tahu apa-apa yang berlaku,â katanya.
Instagram will load in the frontend.
Wanna Ali tak tahu, lakukan promosi kerana tuntutan kerja
Katanya lagi, dia baru sahaja tahu tentang isu melibatkan Fattah dan Fazura selepas menerima komen-komen daripada netizen dan secara kebetulan posting berkenaan drama tersebut dikongsikan.
Bila kecaman menderu masuk di ruangan komen, barulah saya tahu oh ada isu sensasi sedang berlaku antara Fattah dan Fazura. Tetapi memang saya tidak tahu apa-apa pun.
âDrama itu berbaki dua episod lagi dan malam tadi, kebetulan babak kahwin. Jadi saya muat naik untuk promosi sahaja. Itu kerja saya kan,â ujarnya.
Wanna Ali tak tahu, tak campur urusan peribadi
Walau bagaimanapun, Wanna menjelaskan bahawa dia tidak mencampuri urusan pasangan selebriti terbabit dan perbualan mereka di lokasi pengambaran drama Lelaki Melayu terakhir sekitar Januari hingga April lalu juga berkisar tentang Fazura.
âSaya pernah berlakon dengan Fattah dan juga Fazura. Malah perbualan saya dan Fattah mesti berkisarkan Fazura. Lagipun saya dan Fattah tidak bercakap sangat. Kami hanya berlakon sama.
âHal peribadi memang saya tak masuk campur pun,â katanya.
Artikel lain: Kongsi gambar dengan Fattah Amin, Wanna Ali dituduh tak sensitif
Terdahulu, Instagram Wanna Ali telah diserang oleh netizen susulan memuat naik gambar bersama Fattah Amin sewaktu aktor berkenaan menjadi perhatian ramai selepas berita isterinya, Fazura menfailkan tuntutan penceraian selepas tujuh tahun berumah tangga.
Namun begitu, tiada sebarang penjelasan punca mengapa Fazura mengambil tindakan besar tersebut walaupun sebelum ini dia seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sedang dilanda masalah.
Sumber: Utusan MalaysiaÂ