Wardley cabar Jake Paul ikut jejak langkah

Wardley cabar Jake Paul ikut jejak langkah

New York: Fabio Wardley berkata jika dia mampu menjuarai dunia tanpa pengalaman amatur, Jake Paul tiada alasan untuk tidak melakukan perkara sama.

Wardley hanya mula berjinak dengan tinju pada usia 20 tahun ketika bekerja dalam bidang pengambilan pekerja dan menjadi profesional pada 2017 selepas hanya empat perlawanan ‘white collar’.

Sementara itu, Paul memulakan perlawanan pertunjukan selebriti pertamanya pada usia 21 tahun dan membuat penampilan dalam profesional dua tahun kemudian, pada 2020.

Wardley kini adalah juara dunia heavyweight WBO menandakan kejayaan luar biasanya ke puncak dunia tinju.

Paul mencatat 12 kemenangan dan hanya satu kekalahan sepanjang kerjayanya dan seperti Wardley, mempunyai impian besar untuk menjadi juara dunia.

Dia baru lima tahun dalam arena profesional, manakala Wardley kini dengan pengalaman dua kali ganda sudah membuka laluan untuk mencapai impian itu.

“Sesiapa pun boleh mengikut jejak langkah saya, mula agak lambat, beri komitmen sepenuhnya dan serahkan diri kepada sukan ini pasti boleh berjaya.

“Saya rasa saya dan Jake Paul berada di laluan yang sedikit berbeza.

“Saya rasa ada beberapa cabaran, ujian dan dugaan yang saya lalui yang saya rasa dia mungkin tidak lalui, yang membentuk karakter dan menambah pengalaman diri.

“Tapi jangan salah faham, ini tidak bermakna anda tidak boleh melakukannya,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top