Warga Algeria dipenjara 3 tahun hina Islam

Warga Algeria dipenjara 3 tahun hina Islam
Penunjuk perasaan berarak menyokong gerakan pro-demokrasi Hirak di Algiers pada 16 April. (Gambar AP)

ALGIERS: Seorang sarjana Islam terkenal Algeria, Said Djabelkhir, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada Khamis kerana “memesong persepsi Islam”, kata peguamnya kepada AFP.

“Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun,” kata peguam Moumen Chadi, yang agak “terkejut” dengan hukuman itu.

Djabelkhir, 53, dibicarakan selepas tujuh peguam dan rakan akademik lain memfailkan aduan terhadapnya.

“Tidak ada bukti. Kes terhadapnya kosong,” kata peguam itu.

Bercakap kepada AFP setelah keputusan itu, Djabelkhir berkata dia akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Kasasi jika perlu.

“Ini adalah perjuangan yang perlu diteruskan demi kebebasan hati nurani dan kebebasan bersuara,” kata ahli akademik itu.

“Perjuangan demi kebebasan hati nurani tidak boleh dirunding.”

Djabelkhir mendapat sokongan ramai rakan akademik dan ahli politik Algeria sejak dakwaan terhadapnya timbul.

Scroll to Top