Warga AS rugi lebih RM600,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

Warga AS rugi lebih RM600,000 diperdaya sindiket pelaburan tidak wujud

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Perunding dan pensyarah sambilan warga Amerika Syarikat (AS) kerugian RM664,278 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan pada 20 Februari lalu daripada seorang lelaki berusia 74 tahun dan bekerja sebagai perunding dan pensyarah sambilan di sebuah universiti tempatan.

Menurutnya, pada 26 November tahun lalu, mangsa mendakwa ada mengikuti skim pelaburan di aplikasi Moo Moo Chat dan berurusan dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi berbincang berkenaan pelaburan dan seterusnya membimbingnya untuk memuat naik Aplikasi (Bos Pro).

“Mangsa sudah melakukan transaksi ke dalam 11 akaun bank berlainan secara berperingkat berjumlah RM664,278.

“Pada 30 Januari lalu, mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan seperti yag dijanjikan namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mangsa yang berasa ditipu tampil membuat laporan di Balai Polis Pudu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top