Warga ATM jangan leka! Elak kongsi kandungan tak wajar di media sosial -Khaled Nordin

Warga ATM jangan leka! Elak kongsi kandungan tak wajar di media sosial -Khaled Nordin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar tidak memuat naik kandungan tak wajar di media sosial, terutama berkaitan aset keselamatan negara.

Kandungan tak wajar boleh buka ruang kepada niat jahat

Memetik laporan daripada Bernama, beliau dengan tegas menyatakan tindakan sedemikian boleh mendedahkan kekuatan pertahanan negara kepada pihak luar yang mungkin mempunyai niat jahat.

“Mungkin seperti dalam keghairahan anggota untuk tunjukkan latihan ataupun alatan yang kita ada atau tunjukkan di mana alatan itu disimpan dan sebagainya.
“Jadi, mereka yang mungkin ada niat tidak baik untuk negara tahu di mana kekuatan kita,” katanya.

YDPA nasihat warga ATM tak kongsi kandungan tak wajar

Difahamkan, teguran tersebut hadir susulan peringatan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menasihatkan agar anggota tentera tidak memuat naik sebarang maklumat berkaitan pasukan termasuk lokasi gerakan dan hal-hal sensitif yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

kandungan tak wajar

Artikel lain: ATM perlu bersedia dilengkapi teknologi pertahanan terkini, identiti kawan atau lawan boleh berubah- Agong

Khaled yakin semua panglima ATM akan mengambil serius perkara ini dan menyampaikan arahan sewajarnya kepada anggota di bawah seliaan masing-masing.

Perkara tersebut dinyatakan beliau  sewaktu  merasmikan Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) Tawau 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau, hari ini.

Sumber: Bernama 

Scroll to Top