Oh! Tidak
Warga emas dipercayai bakar pusat jagaan di Kaki Bukit gara-gara tidak puas hati dengan penjaga.
Penduduk di Kaki Bukit, Perlis gempar apabila sebuah pusat jagaan warga emas terbakar pada pagi Khamis selepas dipercayai dibakar oleh salah seorang penghuninya sendiri.
Lapor Sinar Harian, kejadian ini didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penjaga pusat tersebut.
Suspek marah tidak dibenarkan keluar
Insiden yang berlaku sekitar jam 8.31 pagi itu disedari pihak berkuasa selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.

Pusat jagaan itu menempatkan 20 penghuni, dan api dipercayai bermula dari kawasan almari dapur sebelum merebak ke dewan utama.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, kemusnahan akibat kebakaran mencecah 50 peratus melibatkan dewan utama pusat jagaan tersebut.
Siasatan awal mendapati suspek tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan ke Kangar untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran bersama teman wanitanya yang juga penghuni pusat tersebut.
Buat masa ini, jumlah kerugian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pssttt! Apa pun alasan, membakar harta awam bukanlah jalan penyelesaian. Dah tua pun buat hal..
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



