am@hmetro.com.my
Setiu: Seorang lelaki warga emas direman empat hari bermula hari ini selepas disyaki membakar rumah milik isteri keduanya di Kampung Langkap Baru, Sungai Tong, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, suspek berusia 79 tahun ditahan di pekarangan Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.11 pagi tadi.
Katanya, suspek dipercayai bertindak melemparkan sesuatu ke dalam rumah melalui tingkap bahagian hadapan yang terbuka dan mengeluarkan api.
“Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian selepas melakukan perbuatan itu.
“Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek jam 1 pagi,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, laporan polis dibuat oleh anak tirinya yang sempat melihat perbuatan bapanya itu.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574).
“Suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga Rabu untuk membantu siasatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




