Warga emas cemas kereta terbabas dalam tali air

Warga emas cemas kereta terbabas dalam tali air

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Warga emas sempat menyelamatkan diri selepas kereta dipandu terbabas ke dalam tali air di Kampung Derdap Limbat di sini, hari ini.

Detik mencemaskan itu dilalui wanita berusia 74 tahun ketika memandu Proton Wira dan dia dilapor cedera ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Faizul Anuar Mohd Fauzi berkata, pasukannya seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kejadian pada 3.53 petang.

“Sebaik tiba, didapati kereta terbabit berada dalam keadaan terbalik di dalam tali air yang berlumpur, manakala mangsa sempat merangkak keluar menyelamatkan diri, sebelum dibantu orang awam.

“Selain itu, keadaan tali air yang kering mengurangkan risiko kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika memandu, selain sentiasa peka dengan keadaan persekitaran bagi mengelak insiden tidak diingini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top