Baru-baru ini, tular di media sosial kisah mengenai warga emas yang dikenali sebagai Pak Mail. Warga emas itu ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah rumah yang berkunci.
BACA: Pak Mail Didakwa Dikurung Sebelum Diselamatkan Abbe Hae, Anak Tampil Menjelaskan Keadaan Sebenar
Terbaru, Pak Mail atau nama sebenarnya Ismail Che Noh telah menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Lapor Harian Metro, bantuan ini mula disalurkan bulan ini dan akan diuruskan oleh cucu perempuannya yang turut tinggal bersama Pak Mail di kediaman mereka di Kampung Repek, Pasir Mas.
JKM ambil tindakan susulan selepas isu tular
Susulan tularnya isu Pak Mail menerusi aktivis Abbe Hae ini, JKM telah menjalankan siasatan dan memilih cucu Pak Mail berusia 25 tahun sebagai waris untuk menguruskan bantuan bulanan itu.
Pak Mail juga kini tinggal dalam keadaan lebih selesa, lengkap dengan tilam, kerusi dan lampin pakai buang.
Pengarah JKM Kelantan, Che Samsuzuki Che Noh berkata, dia sudah mengingatkan cucu Pak Mail supaya wang yang disalurkan itu digunakan untuk keperluan Pak Mail sahaja.
JKM juga akan terus melakukan pemantauan berkala terhadap keadaan Pak Mail bagi memastikan kebajikannya terjamin.
Anak kesal dilabel anak derhaka

Terdahulu, anak Pak Mail dikenali sebagai Abdullah tampil menjelaskan bahawa bapanya mengalami masalah nyanyuk dan menjadi agresif.
Atas faktor keselamatan, dia terpaksa mengunci bilik Pak Mail sewaktu keluar bekerja, namun keperluan seperti makan dan mandi tetap disediakan setiap hari.
Abdullah kesal apabila orang ramai termasuk aktivis berkenaan melabelnya ‘anak derhaka’ tanpa mengetahui cerita sebenar.
Pssttt! Syukurlah JKM telah turun padang dan memberi bantuan sewajarnya. Semoga Pak Mail terus diberi keselesaan dan keluarganya terus menjaganya dengan baik.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




