am@hmetro.com.my
Kuantan: Warga emas dihukum denda RM3,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini kerana minum minuman keras di pusat hiburan.
Hakim Borhan Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Nazarudin Kamarudin, 62, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa minum minuman memabukkan antara 10.45 malam hingga 11.45 malam Jumaat lalu di pusat hiburan di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie, Fitratallah Abdul Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nazarudin juga gagal membayar denda dan dihantar ke Penjara Penor di sini untuk hukuman.
© New Straits Times Press (M) Bhd



