Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah

am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah berhampiran kedai nasi lemak di Kampung Guar Kepayang, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya, mangsa dijumpai terperangkap dalam bilik di rumah yang didiaminya pada 5.55 petang.

“Sebelum itu, kita menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada 4.59 petang.

“Maklumat terperinci akan kita keluarkan nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 21 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan bantuan BBP Tasek Gelugor dan BBP Butterworth terbabit operasi berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top