am@hmetro.com.my
Membakut: Lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar mencari rebung di hutan Kampung Kiulu, Lumat, di sini, hari ini.
Banggul@Maicheal Dumat, 77, dipercayai keluar dari rumah kira-kira 12 tengah hari, namun sehingga kini tidak pulang ke rumah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.48 malam dan pasukan digerak kan ke lokasi yang berjarak kira-kira 10 kilometer.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan yang hanya menemukan kenderaan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, pencarian turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kira-kira 30 individu termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung.
“Operasi SAR ditangguhkan pada 9.50 malam dan akan disambung pagi esok,” katanya
© New Straits Times Press (M) Bhd