Warga emas maut bengkel motosikal terbakar di Raub

Warga emas maut bengkel motosikal terbakar di Raub

am@hmetro.com.my

Kuantan: Sehari selepas lima sekeluarga rentung di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong di Raub, seorang warga emas pula terkorban akibat satu lagi kebakaran hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, seorang lelaki berusia 70 tahun maut selepas bengkel motosikal terbakar di Bukit Koman, kira-kira jam 7.30 malam.

“Polis sahkan setakat ini menemukan mayat lelaki di lokasi kebakaran.

“Bomba kini masih di lokasi kejadian untuk mengawal dan memadam kebakaran,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa kontinjen polis Pahang di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan menerima laporan mengenai kejadian jam 7.39 malam.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah bengkel motosikal dan premis terbabit musnah sepenuhnya.

Katanya, akibat kebakaran itu lima motosikal turut hangus.

Identiti mangsa belum diperoleh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top