Warga Emas Maut Dipukul Remaja Guna Cota Besi Kerana Tegur Main Motor | Trending – Oh! Media

Warga Emas Maut Dipukul Remaja Guna Cota Besi Kerana Tegur Main Motor | Trending – Oh! Media

Trending

Warga emas maut dipukul remaja yang berdendam kerana pernah ditegur bermain motor.


Seorang remaja tergamak bertindak ganas hingga meragut nyawa seorang warga emas hanya kerana tidak puas hati ditegur menunggang motosikal secara berbahaya.

Lapor Kosmo!, kejadian tragis itu berlaku di Kampung Buloh Ipoh, Tanah Merah, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Dipukul di bahagian muka hingga maut di tempat kejadian

Maut

Mangsa Shamsuddin Mohamad berusia 60 tahun didakwa dipukul menggunakan cota besi oleh seorang remaja berusia 18 tahun.

Mangsa yang ketika itu sedang berbual bersama rakan di sebuah bangsal berhadapan kedai runcit, didatangi suspek sebaik rakannya beredar.

Adik mangsa, Hasnah Ghazali, berkata suspek tiba-tiba mengajak abangnya ke belakang kedai runcit sebelum memukul mangsa menggunakan cota besi yang dipercayai dibeli secara dalam talian.

Remaja terbabit tiba-tiba memukul abang dengan sebatang cota besi yang dipercayai dibeli secara dalam talian. Kejadian itu disedari oleh seorang lelaki turut melalui kawasan berkenaan.

Pukulan kuat pada muka menyebabkan Shamsuddin rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Muka berlumuran darah, tidak bernyawa

Maut

Hasnah turut berkongsi, dia hanya mengetahui insiden menyayat hati itu sekitar pukul 5.45 petang sebelum segera ke tempat kejadian.

Difahamkan, remaja terbabit dipercayai berdendam dengan abang saya kerana sebelum ini ada menegurnya yang banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah turut mengesahkan kejadian dan menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top