Warga emas maut dirempuh kereta ketika ubah laluan

Warga emas maut dirempuh kereta ketika ubah laluan

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Salak, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku 8.54 pagi tadi.

“Kemalangan itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 64 tahun mengubah laluan lalu dilanggar sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 24 tahun.

“Mangsa yang mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video daripada papan pemuka sebuah kereta yang berdurasi 17 saat menunjukkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal yang mengubah laluannya tular di media sosial, hari ini.

Dalam video itu juga memaparkan penunggang motosikal berkenaan terjatuh dan melanggar besi penghadang jalan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top