Warganet Terkejut Lihat Yusuf Bahrin Lakon Babak Bersentuhan – “Kenapa Dia Dah Banyak Berubah..”

Warganet Terkejut Lihat Yusuf Bahrin Lakon Babak Bersentuhan – “Kenapa Dia Dah Banyak Berubah..”

Pelakon Yusuf Bahrin menyorot perhatian ramai selepas lakonannya dalam drama rantaian Seindah Hujan Cinta menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi beberapa potongan klip video yang dikongsikan peminat di platform TikTok, rata-rata warganet berasa kurang senang melihat adegan bersentuhan yang dilakonkan Yusuf bersama Ezzanie Jasny.

Malah, ada segelintir warganet yang mempersoalkan kenyataan Yusuf sebelum ini yang menyatakan hasratnya untuk menjaga batas, termasuk enggan menyentuh pelakon wanita demi menghormati isterinya.

 

Sekadar info, drama Seindah Hujan Cinta ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Nelydia Senrose, Yusof Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri.

Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.

Merangkumi 28 episod, Seindah Hujan Cinta telah mula bersiaran pada 21 Julai lalu secara eksklusif di Tonton setiap hari Isnin hingga Khamis.

Scroll to Top