Waris Terkejut Kena Bayar RM1,550 Untuk Urus Jenazah, Dakwa Ditipu Atas Nama ‘Sumbangan’ | Oh! Tidak – Oh! Media

Waris Terkejut Kena Bayar RM1,550 Untuk Urus Jenazah, Dakwa Ditipu Atas Nama ‘Sumbangan’ | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Kononnya ‘sumbangan’ tetapi waris tiba-tiba kena caj RM1,550 untuk pengurusan jenazah.


Di saat berduka dengan pemergian insan tersayang, ada pula pihak tak bertanggungjawab ambil kesempatan untuk kaut untung dengan cara tak bermoral.

Terbaharu, tular perkongsian daripada Mr Wan Cai Official yang mendedahkan satu kes penipuan dalam urusan pengurusan jenazah yang melibatkan bayaran mencecah RM1,550 tanpa persetujuan waris.

Guna modus operandi halus, waris terjerat

Menurutnya, individu terbabit dikatakan menguruskan jenazah terlebih dahulu sebelum menyebut harga dan menyifatkan caj yang dikenakan itu sebagai ‘sumbangan’.

Malah, waris terpaksa meminjam wang untuk menampung kos tersebut.

Kalau ada sebut harga tak perlu tunggang perkataan sumbangan bagai. Cakap terus terang RM1,550 tu bayaran untuk kos pengurusan jenazah. Ini tidak ditunggang-tunggangnya ayat sumbangan sampai mengelirukan waris.

Apa yang lebih menyedihkan, waris pada awalnya menyangka nombor telefon yang diberikan oleh pihak forensik benar-benar dari pihak pengurusan jenazah.

Tanpa sedar, mereka sebenarnya telah terperangkap dengan taktik licik individu yang hanya mahu mengaut keuntungan.

‘Penunggang agama’ dikecam netizen

Jenazah

Perkara ini ternyata menimbulkan kemarahan netizen apabila individu terbabit disifatkan sebagai ‘penunggang agama’ yang sanggup mencari makan dengan cara memanipulasi kesedihan orang lain.

Ngo

Wan Cai turut menyatakan rasa kecewanya dengan sikap sesetengah pihak yang memperdagangkan kematian demi kepentingan peribadi.

Pssttt! Waktu orang sedang sedih dan lemah, masih ada yang tergamak ‘menjual agama’ demi wang. Semoga ada tindakan tegas terhadap mereka yang memperalatkan urusan jenazah untuk mengaut keuntungan.

Kredit: Facebook Wan Cai Official
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top