Baru-baru ini perkongsian pengguna di platform Twitter menarik perhatian ramai apabila penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza ditemu bual oleh wartawan Melodi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh @watieysoong, kelihatan seorang wartawan bertanya soalan mengenai isu lailatul qadar dan rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.
Jelas pelatun lagu Biarlah Rahsia itu, dia enggan mengulas mengenai rumah tangga pasangan selebriti selain mendoakan yang terbaik agar kemelut mahligai bahagia mereka diselesaikan dengan baik.
PART 2
MELODI MMG DH TK BOLEH INTERVIEW PASAL KONSERT KER??? Dok tnya isu lailatul qadar la isu rumahtangga org lain la. Huh apoo ni???@FaizalAzharFACT @DSSNgallery @tv3malaysia aku dh lama x tgk melodi sbb cmni lah pic.twitter.com/owOT6jQ507— KO (@watieysoong) July 24, 2022
Perkongsian itu menerima banyak reaksi di kalangan warganet terutama peminat Siti Nurhaliza atau mesra dispaa TokTi di mana ramai meluahkan ketidakpuasan hati dan berang apabila wartawan wanita itu menanyakan soalan yang tiada kena mengena kepada idola mereka.








Malah ada yang mengatakan wartawan itu sepatutnya bertanya mengenai kerjaya TokTi memandangkan figura itu ditemui ketika majlis sidang media konsert Music Of The Soul bersama Awie Wings yang akan diadakan pada 5 & 6 November 2022 ini di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur.
Selain itu, terdapat warganet mengatakan wartawan itu beruntung kerana tidak mengajukan soalan sebegitu kepada Noh Salleh di mana baru-baru ini penyanyi lelaki itu menghembus asap vape dihadap barisan wartawan yang bertanya mengenai isu rumah tangganya.


Sumber: Twitter @watieysoong




