Watie Betulkan Gigi, Dedah Suami Seorang Yang Cerewet

Watie Betulkan Gigi, Dedah Suami Seorang Yang Cerewet

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsikan suaminya seorang yang cerewet serta peka mengenai penampilan dan kecantikan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Watie berkongsikan dia baru saja melakukan rawatan gigi serta berseloroh sebelum Shuib bising.

BACA: “Masa Watie Cakap Dia Mengandung, Saya Jadi Takut Hilang Dia”

“Sekian lama biarkan gigi ni terkopak sana sini. Pagi ni kita rajinkan diri pergi betulkan sebelum Daddy bertambah bising. Biasalah dapat cik suaimi yang jenis cerewet,” katanya.

Kata Watie lagi, sekiranya dia keluar tanpa solekan atau solekan tidak kemas suaminya akan bising. Bagaimanapun, Watie meluahkan rasa cinta pada Shuib yang mahu melihat isterinya kelihatan cantik.

“Kalau keluar tak mekap bising, mekap kita crack pun bising. Lipstick kalau ada dekat gigi, lagilah bising. Tapi I love you ok Daddy,” tulisnya.


Scroll to Top