Watie cemburu, arwah Siti Sarah tiba-tiba muncul dalam mimpi

Watie cemburu, arwah Siti Sarah tiba-tiba muncul dalam mimpi

Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah akui cemburu apabila bermimpi mengenai arwah Siti Sarah yang mahu mengambil suami dan anak-anak.

Watie cemburu arwah Siti Sarah

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, kemunculan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dalam mimpi telah menerbitkan rasa cemburu.

Ujarnya, dia tidaklah cemburu dengan isteri suaminya sebelum ini, namun mimpi itu benar-benar membuatkan dia rasa cemburu.

Jelas Watie yang juga usahawan, sifat itu timbul kerana dia bimbang jik arwah Siti Sarah ambil suami dan anak-anaknya.

“Saya fikir banyak kali juga sebelum kongsi tentang mimpi ini dengan Shuib. 
“Saya cakap dengan Shuib, dalam mimpi pula saya ada perasaan risau dan cemburu jika arwah ambil suami dan anak-anak semula,”akui Watie.

Katanya, dia sebenarnya tidak cemburu dengan arwah, namun entah mengapa kemunculan pelatun lagu Kesetiaan itu dalam mimpi telah menerbitkan perasaan tersebut.

Mimpi jumpa arwah, tanya tak nak jumpa anak-anak?

Mengulas lanjut, wanita berusia 36 tahun berkata dia dapat bercakap dengan arwah sambil menutup perasaan cemburu yang ada dalam hati.

Bagaimanapun, arwah tidak membalas pertanyaannya sama ada dia mahu berjumpa dengan anak-anak atau tidak.

“Arwah hanya berdiam diri dan lihat saya. Dalam mimpi itu, wujud satu perasaan risau, adakah dia kembali untuk ambil semula haknya iaitu Shuib dan anak-anak.
“Masa itu memang dalam hati rasa begitu tetapi saya sorok perasaan itu sebelum tegur dan tanya pada arwah, ‘tak mahu jumpa anak-anak ke? Mereka rindu’. Arwah tak balas tetapi hanya memandang sahaja,” katanya.

Jelasnya, mimpi tersebut mungkin tercetsu selepas anak perempuannya, Dzahia Talita Zahra memberitahu turut bermimpi tentang arwah Siti Sarah.

Dia berkata demikian selepas majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media di sini, semalam.

“Sebelum itu, Dekta (Talita) beritahu dia ada mimpi ibu. Dalam mimpi itu, ibu cakap nak ambil mereka.
“Mungkin disebabkan Dekta cerita itu, saya terbawa sampai mimpi,”katanya.

Sebelum ini, Shuib ada berkongsi impiannya untuk bermimpi bertemu dengan arwah isterinya menjadi kenyataan.

Artikel lain: Impian Shuib mimpi arwah Siti Sarah tercapai, datang senyum & berpakaian putih

Untuk rekod, Watie dan Shuib melangsungkan pernikahan pada 23 Jun lalu dalam sebuah majlis diadakan di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: mStar Online (Ain Norman)