Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Watie Hanifiah, memaklumkan dirinya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya, Watie turut berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram (kg) ketika merancang untuk hamil.
“Sewaktu merancang untuk hamil, saya memang mengamalkan diet. Dari berat 68 kg, saya berjaya turun ke 60 kg. Sebaik sahaja capai 60 kg, saya dapat tahu saya hamil,” kongsinya.
Berkongsi lebih lanjut, Watie berkata dia sebenarnya berharap untuk merasai pengalaman alahan seperti kebanyakan ibu mengandung kerana baginya ia boleh menjadi peringatan dirinya berbadan dua.
“Masa tu saya makan macam-macam sebab tak alami sebarang alahan. Sampai saya tertanya-tanya, betul ke ada bayi dalam perut sebab saya asyik lapar dan tetap aktif berjalan sana sini.
“Tapi bagi saya, lebih baik kalau ada alahan. Sekurang-kurangnya ia beri petanda ada sesuatu dalam perut kita, dan secara tak langsung ingatkan kita untuk berehat di rumah,” tulisnya.

Namun begitu, pada minggu lalu, Watie berkongsi berita duka apabila dia mengalami keguguran anak pertamanya bersama suami, Shuib, hasil perkahwinan mereka pada tahun 2023.
Artikel Berkaitan: “Emosi Tak Stabil Bila Berpantang Tanpa Baby” – Watie Hanifiah Syukur Ramai Titip Doa & Kata Semangat
Artikel Berkaitan: Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”



