Watie Hanifiah Betulkan Gigi, Dedah Shuib Seorang Suami Cerewet – “Tak Makeup Pun Bising, Tapi I Love You Daddy…”

Watie Hanifiah Betulkan Gigi, Dedah Shuib Seorang Suami Cerewet – “Tak Makeup Pun Bising, Tapi I Love You Daddy…”

Pempengaruh, Watie Hanifiah mendedahkan suami tercintanya, usahawan dan pelawak, Shuib seorang suami yang cerewet.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Watie atau nama penuhnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, memaklumkan suamiya sangat peka dan mengutamakan kecantikan serta penampilannya.

“Sekian lama biarkan gigi ini terkopak sana sini. Pagi ini kita rajinkan diri pergi betulkan sebelum daddy (panggilan Shuib) bertambah bising.

“Biasalah dapat cik suami yang jenis cerewet. Kalau keluar tak makeup bising, makeup kita crack pun bising..

“Lipstick kalau ada kat gigi, lagilah bising,” katanya.

Meskipun begitu, Watie turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Shuib yang hanya mahu isterinya kelihatan cantik.

“Tapi I love you okay Daddy,” katanya.

Scroll to Top