Wawa Zainal, Aeril Zafrel Sumbang Zakat RM1 Juta Tiga Tahun Berturut-Turut

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Sumbang Zakat RM1 Juta Tiga Tahun Berturut-Turut

Pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan berjumlah RM1,000,000 selama tiga tahun berturut-turut menerusi syarikat mereka, Wawa Global Sdn. Bhd.

Memetik Oh Bulan, Wawa meluahkan rasa syukur dapat menunaikan tanggungjawab berkenaan meskipun syarikat mengalami sedikit kerugian tahun ini kerana baginya dalam setiap rezeki ada hak orang lain,

BACA: Catat Jualan RM100,000, Wawa & Aeril Hadiahkan Kedai Untuk Hayla

“Kami memang mahu beri lebih sebab nak kongsi rezeki. Kalau beri kepada zakat kita tahu akan disalurkan ke mana sebab kita memang tidak ada masa untuk membantu dengan memberi pada setiap orang.

“Jadi, dengan menyumbang zakat ini boleh dikatakan jalan yang mudah dan singkat untuk agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Wawa berkata lagi dia percaya segala nikmat yang diperoleh dan dikecapinya hari ini kerana amalan suka memberi dan membatu orang yang memerlukan.

“Sebenarnya saya tidak pernah terfikir akan dapat apa yang saya dapat sekarang. Apa yang kami buat sebelum ini, inilah hasilnya.

“Walaupun tiada duit atau duit tinggal sikit kami masih memilih untuk bantu orang. Kalau kita asyik memberi, insya-Allah Allah akan murahkan rezeki kita. Itu yang saya percaya sampai sekarang,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top