WBPF gantung presiden persekutuan bina badan Malaysia

WBPF gantung presiden persekutuan bina badan Malaysia
WBPF gantung presiden persekutuan bina badan Malaysia

Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Karim Abdullah telah digantung oleh Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia (WBPF) berkuat kuasa pada 7 Mac lalu.

[DIKEMAS KINI] PRESIDEN Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Karim Abdullah telah digantung oleh Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia (WBPF) berkuat kuasa pada 7 Mac lalu.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi WBPF baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung WBPF, Chetan M Pathare, tindakan tegas itu diambil susulan kegagalan Karim untuk mematuhi perjanjian selaku tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-58 serta Kongres Tahunan yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 hingga 10 Ogos depan.

“Beliau (Karim) didapati gagal memenuhi tanggungjawab serta obligasinya.

“Perkara ini sekali gus telah mencetuskan bebanan dan kesukaran pada saat-saat akhir yang tidak sepatutnya ditanggung oleh pihak organisasi kami,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pathare berkata, tindakan Karim itu telah mendatangkan kesulitan besar kepada pihak persatuan di peringkat antarabangsa.

Ringkasan AI

  • PRESIDEN Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Karim Abdullah digantung oleh Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia (WBPF) bermula 7 Mac
  • Penggantungan disahkan melalui kenyataan di laman Instagram WBPF
  • Karim gagal mematuhi perjanjian sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-58 dan Kongres Tahunan di Kuala Lumpur
  • Karim didapati gagal memenuhi tanggungjawab dan obligasinya
  • Tindakannya mencetuskan bebanan dan kesulitan pada pihak organisasi WBPF
Scroll to Top