Wei Chong-Kai Wun buatkan Istora Senayan 'terdiam'

Wei Chong-Kai Wun buatkan Istora Senayan 'terdiam'

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengejutkan gandingan nombor satu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk muncul juara Masters Indonesia, sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan itu adalah hadiah sangat bermakna buat mereka meraikan perayaan sempena Tahun Baharu Cina 2025 Rabu depan.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, hari ini, ia bukan lawan yang mudah buat pasangan negara itu apabila perlu berhadapan dengan sorakan penonton tuan rumah namun mereka berjaya ‘mendiamkan’ seketika penyokong yang hadir dengan kemenangan straight set 21-11, 21-19 dalam masa 38 minit.

Di set pertama, di awal permainan bermula agak seimbang namun selepas kedudukan 7-7, Wei Chong-Kai Mun terus beraksi dengan baik dan tidak memberi ruang buat wakil tuan rumah itu untuk menang.

Namun, beregu nombor empat dunia itu kembali memperkemaskan rentak permainan dan beraksi lebih baik apabila kedudukan mata sangat rapat sehingga ke mata 19-19 sebelum mata kejuaraan menjadi milik pasangan negara.

Sebagai rekod, mereka menamatkan kemarau setahun lebih selepas kali terakhir muncul selaku pemenang pada Terbuka Taiwan 2023.

Kemenangan gandingan muda negara itu adalah yang pertama daripada lima pertemuan sebelum ini.

Untuk makluman, sebelum ini kedua-dua pernah bertemu sebanyak empat kali dan kesemuanya dimenangi oleh pasangan Indonesia itu.

Selaku juara, Wee Chong-Kai Wun akan membawa pulang AS$ 37,525 (RM164,284) dan Fajar-Rian pula berpuas hati dengan AS$ 18,050 (RM79,022) selaku naib juara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top